CUKUP LAH...
..................CUKUP - CUKUPLAH TU..................
Bangsa Melayu telah mengalami enam kali kehilangan:
1. Hilang Barakah: Kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (1511).
2. Hilang Tanah : Penubuhan Malaysia (1963)
3. Hilang Maruah : Kuasa Sultan dan Raja-raja dilucutkan.
4. Hilang Bahasa: Apabila nomenclature Bahasa Melayu ditukarkan kepada Bahasa Malaysia (2007).
5. Hilang Arah : Ketidakserasian UMNO/Pas/PKR.
6. Hilang Bangsa : Terma 'Melayu' digugurkan dalam RMK-9.
Kita Ini Orang Melayu...
Kita ini orang Melayu
Yang takkan hilang di dunia
Tapi bisa layu di jiwa.
Jika kau cinta dan kasih pada bangsa mu
Perdengarkanlah di hatimu gemersik perpaduan
Hiasilah tingkahmu dengan adap dan sopan
Hiasilah budimu dengan kumtum kebaikkan.
Jangan sesekali kau semai benih dengki
Pada orang lain apalagi dirimu sendiri.
Saling memaafkan itu lebih mulia
Dari kau nyalakan akalmu dengan dendam membara.
Pada orang lain apalagi dirimu sendiri.
Saling memaafkan itu lebih mulia
Dari kau nyalakan akalmu dengan dendam membara.
Ingatlah cucu-cucuku..
Akal akar berpulas tak patah
Orang memberi kita merasa
Bangsa Melayu bangsa bermaruah
Keleklah adat junjunglah bahasa…
Akal akar berpulas tak patah
Orang memberi kita merasa
Bangsa Melayu bangsa bermaruah
Keleklah adat junjunglah bahasa…
Cucu-cucuku..
Islam itu agama kita
Yang teguh bertongkatkan enam tiang keimanan
Dan utuh beratapkan lima syarat keislaman
Jika kau mimpikan Taman Firdausi yang indah itu
Permudahkan jalanmu dengan amalan yang soleh
Basahkan bibirmu dengan kalimah suci zikir yang fasih
Segarkan wajahmu dengan senyum dari hati yang bersih
Jauhi niatmu menuju sebarang yang mungkar
Hindari perbuatanmu dari angkara yang ingkar
Berbuat baiklah pada kedua orang tuamu
Hulurkanlah sedekah dermakanlah ilmu
Islam itu agama kita
Yang teguh bertongkatkan enam tiang keimanan
Dan utuh beratapkan lima syarat keislaman
Jika kau mimpikan Taman Firdausi yang indah itu
Permudahkan jalanmu dengan amalan yang soleh
Basahkan bibirmu dengan kalimah suci zikir yang fasih
Segarkan wajahmu dengan senyum dari hati yang bersih
Jauhi niatmu menuju sebarang yang mungkar
Hindari perbuatanmu dari angkara yang ingkar
Berbuat baiklah pada kedua orang tuamu
Hulurkanlah sedekah dermakanlah ilmu
Ingatlah wahai cucu-cucuku..
Selagi di tubuh mengalirnya darah
Bersumpah jasad bersaksikan nyawa
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah
Dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya
Selagi di tubuh mengalirnya darah
Bersumpah jasad bersaksikan nyawa
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah
Dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya
Simpanlah sisa-sisa kata kolotku
Cebisan wasiat catatan untukmu…
credit to Lt Muda Azuan Hadi Ismail
credit to Lt Muda Azuan Hadi Ismail
p/s.... saya tetap akan berbangga yang saya adalah anak jati Melayu, di bumi Tanah Melayu, berjiwa Melayu, banyak bercakap Bahasa Melayu, dan, berbudaya beradab kesantunan Melayu...
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia
ini.
ini.

Sesungguhnya...
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...
TIDAKLAH MELAYU ITU MUDAH LUPA...
dan SENTIASA HIDUP BERDEPAN DENGAN DILEMA...
sepertimana yang dikisahkan oleh Tun Mahathir dalam bukunya
DILEMA MELAYU...
JANGAN sampai kita diperlekeh dan dipermainkan hanya kerana kita tidak tahu hak sebenar orang Melayu...