Saturday, July 9, 2011

...Tepuk dada akses minda...

 SUMPAH MELAYU  oleh Dato’ Onn Jaafar...

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
▪ Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
▪ Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
▪ Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera

Sumpah ini dibuat pada 10 Februari 1946.

TAHUN 1946!!!!!! 


 p/s   Melayu dahpun lama bersumpah, dahpun lama berikrar, dahpun lama berjanji, dahpun akan berlaku jujur dan hormat dengan bangsa lain. Adakah kita ini dah terlebih janji? Terlampau berpegang dengan sumpah? Jika Dato’ Onn masih hidup, beliau mungkin sesal mengajak Melayu bersumpah sedemikian.  Alasannya apa??!! Kerana baik Cina, baik India mau pun Melayu tidak pernah pegang kepada sumpah dan janji.Tanah Melayu bukan pun tanah tumpah darah nya. Sumpah Melayu inilah komitmen bangsa pribumi kepada pendatang. Inilah hasrat yang pribumi mahu mengekalkan keamanan. Inilah sumpah-janji setia Melayu akan mempertahankan kemurnian agama, bersatu, menghormati sesama sendiri, membela anak bangsa dan menjaga kepentingan sesama bangsa dan mengekal keamanan negara.
Kenapa kita takut nak bercakap hal sumpah kita? Kenapa kita takut nak berbincang soal perjuangan Melayu? Adakah kerana ini akan menjadikan kita lebih kolot dan terkebelakang dalam pemikiran  Adakah ini akan membuat kita jadi tidak maju dan berdaya-saing bila membincangkan soal sejarah perjuangan Melayu? Adakah kita akan tidak bersikap demokratik bila bercakap hal Melayu?

Tidakkah kita mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan Kerajaan Melaka kepada Portugis di sebabkan oleh masalah perpaduan yang berlaku di sebabkan oleh pembesar-pembesar yang hanya bertunjangkan pangkat, pengaruh dan harta. Mahukah Melayu Malaysia menginginkan nasib mereka sama seperti Melayu Singapura yang seolah-olah dinafikan hak mereka di tanah tumpah darah mereka sendiri?  Tidak mustahil Malaysia akan menjadi Singapura ke-2.

Enggankah Melayu-Melayu (terutama pembesar-pembesar) sekalian mengambil iktibar daripada proses menuntut kemerdekaan daripada British. Waktu itu semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama. Bersatu teguh, bercerai roboh. Bulat air dek kerana pembentung. Peribahasa Melayu dengan jelas dan terang menuntut kita supaya bersatu padu dan bekerjasama.
  Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai Melayu-Islam  untuk mempertahankan Bangsa  dan Agama kita dan kedaulatannya. Ingatlah pesanan Laksamana Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia…

 
...fikir-fikirlah wahai bangsaku...



No comments: