|
Roathy, eight, lives on the outskirts of Phnom Penh, Cambodia. His home sits
on a huge rubbish dump. Roathy’s mattress is made from old tyres. Five
thousand people live and work here. At six every morning, Roathy and
hundreds of other children are given a shower at a local charity centre
before they start work, scavenging for cans and plastic bottles, which are
sold to a recycling company. Breakfast is often the only meal of the day.
|
Home for this boy (Anonymous) and his family is a mattress in a field on the outskirts of
Rome, Italy. The family came from Romania by bus, after begging for money to
pay for their tickets. When they arrived in Rome, they camped on private
land, but the police threw them off. They have no identity papers, so cannot
obtain legal work. The boy’s parents clean car windscreens at traffic
lights. No one from his family has ever been to school.
![]() |
| ... Semporna Sabah ... |
Celebes Sea, North Borneo, Malaysia -
life above the wave.
From the lapping surface of the sea to the swaying
platform of the stilt house, the isolation and vulnerability
of the Bajau sea gypsies becomes apparent. Whilst
in the calm water the houses gently creak with every
passing wave, they rock violently in the heavy monsoon
storms.
... in contrast ...
|
Kaya, four, lives with her parents in a small apartment in Tokyo, Japan. Her
bedroom is lined from floor to ceiling with clothes and dolls. Kaya has 30 dresses and coats, 30 pairs of shoes and
numerous wigs.
Credit to: The Telegraph, UK
p/s ...namanya pun KAYA...berbanding dengan tiga lagi yang di atas. Lihatlah pada mata anak-anak kecil ini...ia menceritakan segalanya tanpa perlu mulut dan suara kerdil mereka berbicara.
Sesungguhnya,sebagai insan beragama; mudah2an kita dianugerahkan sifat qanaah iaitu bersyukurlah akan nikmat yang selama ini kita kecapi dari kurniaanNya - meskipun jika kita tidak dijadikan kaya raya, kita juga bukanlah papa kedana. Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu
kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat
malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada
sifat qanaah. Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras
demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita
sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu
mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan
bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”
Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan
kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan
bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang
pemurah dalam masyarakatnya.
Dalam sejarah umat Islam, tercatat beberapa kisah mereka yang murah
hati antaranya, diceritakan bahawa Abdullah bin `Amir membeli sebuah
rumah kedai daripada Khalid bin `Uqbah dengan harga 90,000 dirham. Tiba-tiba pada malam itu, dia mendengar anak isteri Khalid menangis.
Lalu dia bertanya kepada isterinya: “Apa hal mereka itu?” Kemudian dia
diberitahu bahawa mereka menangis kerana rumah mereka yang dijual. Lantas Abdullah berkata kepada pembantunya: “Pergi dan suruh mereka
datang ke sini.” Selepas mereka datang lalu dia terus menyatakan bahawa
ambillah rumah itu kembali dan duit itu juga untuk kamu.
Dalam situasi dan ekonomi yang dihadapi umat manusia hari ini,
alangkah beruntungnya umat Islam yang mendapat bimbingan daripada ajaran
agamanya yang suci supaya tidak mengurus urusan dunia ini dengan
kacamata keinginan nafsu semata-mata sebaliknya menjadi pengguna yang
bijak , berhemat dan tidak tamak. Jadikanlah sifat qanaah yang mulia ini
sebagai senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup dalam dunia
yang sementara ini. Sesungguhnya,sebagai
insan beragama; mudah2an kita dianugerahkan sifat qanaah iaitu
bersyukurlah akan nikmat yang yang selama ini kita kecapi dari
kurniaanNya - meskipun jika kita tidak dijadikan kaya raya, kita juga
bukanlah papa kedana. Semoga dengan sifat yang mulia ini
dapat dijadikan senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup di dunia
yang sementara ini.
Kemiskinan mengajar kita erti sebuah
kehidupan. Kekadang bila dah kaya, kita lupa orang yang
dulu sanggup susah bersama2.
Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kita, jangan
melihat orang yang tinggi daripada kita, kerana dengan demikian kita
tidak akan lupa segala nikmat Allah kepada kita; insyaAllah.




2 comments:
sangat prihatin. sedihnya kehidupan kanak2 ni. harap2 kita semua lebih besyukur atas apa yang kita ada sekarang.
I SPY I CONQUER
Anonymous,
Betul sedih...memang sepatutnya lebih bersyukur selalu biarpun dengan nikmat yang sedikit... Mudah2an dengan sifat sedemikian Allah akan melipatgandakan lagi rezeki kita; insyaAllah. Terima kasih atas peringatan Anonymous itu buat saya jugak.
Post a Comment