... the ONLY ONE i believe...
Ya Allah...Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Aku bermohon...
Janganlah Kau hukum aku kerana kekeliruanku...
Janganlah Kau hukum aku kerana kejahilanku...
Ya Allah...Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun lagi Maha Adil...
Janganlah Kau hukum aku kerana kekeliruanku...
Janganlah Kau hukum aku kerana kejahilanku...
Ya Allah...Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun lagi Maha Adil...
Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk merubah apa yang dapat diubah,
kesabaran untuk menerima apa yang tidak dapat diubah,
dan
kebijaksanaan untuk mengetahui perbezaannya...
Sesungguhnya tiada lain selain Engkaulah tempat aku mengadu dan meminta... Amiiinnn...
"We belong to Him, and to Him we will return"
HARI INI DALAM SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU...
Tamat Perang Dunia Kedua, berakhirnya pendudukan Jepun di Malaya.
Bermulanya British Military Administration (BMA) di Malaya dan Singapura.
Pada tahun 1945 selama pendudukan Jepun di Malaya, Jepun sudah bersetuju untuk Merdeka, yang seharusnya telah dinyatakan pada tarikh 17 Ogos 1945. Namun, Jepun menyerah kalah pada tarikh 15 Ogos 1945 (hanya dua hari sebelum Merdeka) selepas pengeboman Hiroshima diikuti oleh Nagasaki. Jika Amerika menunda pengeboman hanya beberapa minggu, Malaya akan memperolehi Merdeka pada 15 Ogos 1945 bukan 31 Ogos 1957.
p/s... In 1945 during the Japanese occupation of Malaya, Japan had already agreed to Merdeka, which was supposed to have been declared on 17 August 1945. However, Japan surrendered on 15 August 1945 (just two days before Merdeka) after the bombing of Hiroshima followed by Nagasaki. If the Americans had delayed the bombing just a few weeks, Malaya would have seen Merdeka on 15 August 1945 instead of 31 August 1957.
KEISTIMEWAAN HAK ORANG MELAYU DITANDATANGAN
KEISTIMEWAAN HAK ORANG MELAYU DITANDATANGAN
PERJANJIAN Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Antara isinya ialah kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. Ia satu fakta.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
Perkara 25 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Manakala Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang Di-pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, Perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya perlaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan. Antara perkara sensitif dalam Perlembagaan yang tidak boleh dipersoal termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

No comments:
Post a Comment