DOUBLE - trouble???!!!
Malaysia Illegal Worker Amnesty (PATI) 2011
|
![]() |
...decipher the word " WHITENING"...
HOW SURPRISING A LANGUAGE COULD BRING TO OUR UNDERSTANDING ....
The registration phase of the programme will take place for two weeks starting from August 1 with the possibility of extending it another week depending on circumstances. Illegal immigrants or their employers can register at any Immigration offices nationwide. The 6P – pendaftaran (registration), pemutihan (legalisation), pengampunan (amnesty), pemantauan (supervision), penguatkuasaan (enforcement) and pengusiran (deportation) – will involve many ministries, government departments and agencies with the support of foreign missions in Malaysia.
The programme will last until Dec 31 starting with the two weeks registration process, followed by the legalisation and amnesty process which will run for three months, and supervision or monitoring for a week. Enforcement and deportation will run continuously after the registration process. Self employed illegal immigrants are also requested and encouraged to come and register. Those required to register include foreign nationals who entered the country illegally and is now working and living in Malaysia; foreign nationals who have overstayed; foreign nationals who have abused their entry permit, or have falsified passes or travel documents and foreign nationals who have violated their permits.
p/s ... Isu PATI tidak pernah selesai walaupun sudah berpuluh juta ‘wang rakyat Malaysia’ digunakan hanya semata-mata untuk mengurus tadbir PATI. PATI yang datang ke negara ini diberikan peruntukan berjuta-juta Ringgit. Disediakan pengangkutan, penginapan, dan makanan secara percuma. Diberikan pengampunan atau ‘kekebalan’ undang-undang imigresen kepada PATI. Sungguh istimewa dan beruntung sekali PATI yang datang ke Malaysia. Kerajaan Malaysia baik hati sekali sehinggakan mereka ini mendapat MyKad dan MyPR. Rakyat Malaysia sendiri yang berada di kawasan pedalaman masih ramai yang tidak ada Sijil Kelahiran dan MyKad. Pemberian MyPR kepada warga asing menggantikan IMM13 mengukuhkan lagi kedudukan PATI yang telah berjaya mendapatkan IC Songsang di negeri Sabah khususnya. Maka tidak hairanlah jika setiap kali pilihanraya, akan timbul isu ‘pengundi hantu’ kerana ramai warga asing yang pada mulanya adalah PATI, kini telah berjaya memiliki MyPR atau MyKad. Program yang kerajaan jalankan ini tidak akan berjaya sampai bila-bila pun. Hal ini kerana, terdapat warga Indonesia, Filipina, India dan Cina yang sudah berjaya mendapatkan MyKad tidak akan memberikan sokongan kepada kerajaan semasa PRU jika keluarga atau suku sakat mereka yang baru datang dan menumpang hidup di Malaysia ini, diusir oleh kerajaan. Hal ini sedikit sebanyak akan menjadi kekangan yang hebat dalam proses menyelesaikan kebanjiran PATI di Malaysia, khasnya di Sabah. Mungkin kerajaan harus menghentikan dasar ‘pengampunan’ kepada PATI. Jika dasar seperti ini diteruskan, mereka akan tetap kembali memasuki Malaysia kerana mereka tahu, Malaysia pasti akan memberikan ‘kekebalan undang-undang imigresen’ kepada mereka. Apa yang penting ialah, kerajaan jangan takut untuk berhadapan dengan suku sakat PATI yang sudah berjaya mendapatkan MyPR atau MyKad di Malaysia, kerana rakyat akan menyokong kerajaan terhadap setiap tindakan kerajaan yang membela kepentingan rakyat, khususnya rakyat Sabah...tepuk dada, akseslah minda! ;-)
|



No comments:
Post a Comment