Thursday, March 17, 2011

...senyuuuummmm.......

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa

...indahnya dunia ini jika semua orang dapat melemparkan senyuman bila bertemu...senyum itu adalah sedekah. Untuk senyum, kita tak perlu keluarkan wang walau sesen pun. Yang kita perlu hanyalah sebuah kekuatan semangat dalam diri untuk bertindak dengan penuh keikhlasan mengukir sekuntum senyuman pada seseorang yang bersua dengan kita...  Yang peliknya, masyarakat kita ni bila kita  senyum, dikatakan seperti kerang busuk...hmmm...kesian kerang...tak bersalah pun dalam bab senyum-menyum niii kerang pun pandai jugak nak senyum ek!!!....tapi okaylah tu...begitu tingginya nilai bahasa orang tua dulu-dulu ni mestila termasuk geng2 atuk nenek kita kan   membuat perumpamaan sebegini...dari pengamatan jauhari mereka.  Nak senyum salah, tak senyum lagila bersalah. ...keliru la kite..cam lagu ajai nurul je. 

Kekadang tu, pernahlah jugak ke kaunter-kaunter pejabat; baik kerajaan mahupun swasta...ya ampuuunnnn...susahnya nak senyum...tengok kita pun macam terpaksa rela sebab kite dah tunggu depan muka dan mata mereka... cuma sekadar pandang dengan ekor mata aje dibuatnya...nasib baiklah mata mereka ni ada ekor...awat payah sangat nak senyum ek...entah2 depa ni tension kot kat umah atau ngan bos depa..takpun dah gaduh ngan bf kot....Ini biasa dan pernah saya lihat; bilamana yang datang tu pakcik makcik ala kekampungan, berbahasa owarng putih  sebutir pun tak tau...kesiannya....Tapi jika yang datang itu seperti ada 'class', lain pulak layanan yang diberi...'double-standard' betul ! Hah...mentaliti sesetengah orang kita, di bumi kita sendiri dengan orang kita sendiri... wah, bukan main lagi nooo...awatla nyombong sangat minah mamat ni...mentang2la orang kita tak leh cakap owang putih, pakai pun cam selekeh, depa wat tak tau noo ...tak baik sungguh lagu tu...

Sayang seribu kali sayang...walau pun semahal mana pun pakaian dan secantik mana pun  rupa wajah seseorang itu,  waimah pun seorang yang kekononnya dialah bak ratu kat tempat tu, walaupun berada di  depan kaunter, kalau susah nak senyum, entah kat manalah  dan apalah hebatnya sangat yang dinilai kecantikan itu....betui betui betui kata upin dan ipin..Beauty is in the eyes of the beholder... Kecantikan itu sangat subjektif. Cantik di mata saya belum tentu cantik di mata anda...Yang pasti,  mereka ni perlu dilatih dan diberi kursus khas...Kursus Bersenyum....ada ke kursus camni???  Yang lebih parah dan menyedihkan lagi, dahlah senyum pun susah, ditambah pulak dengan bahasa-bahasa mengomel, membebel...entah apa-apala yang dikumat kamitkan...mengalahkan dukun pawang bermentera semerah padi (bestla lagu M Nasir ni)...agak-agaknya  mereka ni terlupa yang mereka sedang berhadapan dengan manusia sekeliling yang memandang, memerhati dan menilai. Terlupa yang ada di antara mereka pun asal usulnya dari kampung...entah ulu banat mana lah datang merantau; kebetulan bekerja di kotaraya, bandar besar yang konon gah dengan pemodenan...takkanlah kot ya pun moden, dah lupa jati diri dan asal usul diri...macam si tanggang la pulak....

Walau apapun, biarlah kita ini dikatakan buruk paras rupa, tapi  kita masih mampu dan boleh tersenyum dan mempunyai senyuman yang dapat menenangkan jiwa dan hati setiap sesiapa sahaja yang berdepan dengan kita. Inilah kecantikan sebenar...yang lahir tulus dari hati dan jiwa  lantas terpancar di muka.  Dengan senyumanlah akan bermula segala-galanya...sebuah perkenalan; lumrahnya sebagai seorang yang bernama manusia... "No matter what you are wearing,, your expression is the most important. You wont get a second chance to create that first impression..."  

 Smile an ever lasting smile
A smile can bring you near to me
Don't ever let me find you gone
'Cause that would bring a tear to me
...i  mzzzzzzz my parents' smiles......RRRIIIIIINNNNNDDDDUUUU NYAAAA.....ayahku yang telah lama pergi mengadap Illahi, (his spirit will always be with me, and his love will live forever in my heart) dan yang tinggal; kekasihku; IBU, yang sudah tua nun jauh dariku di sini...yang menjadi tempatku memohon restu dalam mengorak langkah jalanan hidupku...

No comments: