Teringat saya semasa saya merantau; belajar dulu, sempatlah jugak jalan-jalan makan angin pegi tengok tempat orang dengan kengkawan. Lagipun bila lagi nak melihat tempat orang yang sudah pastinya tambang lebih mahal kalau terbang dari negara kita, dan tambahan pulak balik kampung mungkin dah sibuk bekerja. (dan berkeluarga...bertambahlah bayaran tambangnya....(lainlah kalau kita boleh berenang Selat Inggeris tu macam Adam... Tahniah Adam...). Entah2 langsung tak dapat pegi mana pun!!! Cuti2 Malaysia ajelah memanjaaaannngggg. Cantik jugak kat Malaysia... walaupun hujan batu...Hello kengkawan, kata2 ni bidalan orang2 tua dulu2 nooo...janganlah kita jadi pelupa pada bumi yang kita dok pijak ni...Hujan emas di tempat orang, hujan batu tempat sendiri, lebih baiklah di kampung kita kat sini... :) hahaha...lagi best tau dapat lari2 kat bendang, main2 terjun lompat kat sungai...tangkap anak2 ikan, main pondok2 masak ikan2 tu dan tangkap berudu (eee...gelinya niiii...tak sanggup saya bab tangkap berudu ni). Terkenang balik kampung atuk nenek ....
Eiffel Tower...memang nampak gah, cantik dan menjadi salah satu dari 7 keajaiban dunia. Sekitarannya...ramainya manusia... berbagai aktiviti yang dapat kita lihat. Gelagat manusia... rencam... inilah yang mewarnai keceriaan Eiffel. Happening aje, terutama bila menjelang petang...entah dari pelusuk manalah semua orang2 ni datang. Ada yang berbaring2 kat padang rumput yang berbunga2 tu. Membaca, berkelah, posing bergambar dan segala macamlah...aktiviti bebas...hmmm, teringat zaman sekolah dulu waktu PJ cikgu pernah bagi arahan...lari bebas...masa tu terfikir nak keluar pagar beli air kat hawker depan sekolah tu...
Tetiba terpandang sebuah patung hitam berdiri tegak di tengah2 padang dengan gahnya, se gah Eiffel tu. Saya dan kengkawan menghampiri patung tersebut; berkumpul bersama orang2 yang sedia ada di situ. Ya Rabbi.. rupa2nya orang hidup yang telah di 'camouflage' hitam berkilauan keemasan...yang nampak cuma matanya yang bergerak2 dan mengekori pergerakan orang yang melihatnya. Tajam renungannya menakutkan...adalah nampak macam species toyol...cuma ni species yang lebih besar kot!!! .
Kreatifnya orang ni...hanya dengan berdiri kaku dan menggerakkan matanya, dia mampu mencari rezeki...lebih afdal dan halal dari pergi merompak, mencuri, meragut dan mengemis (kalau masih ada kudrat, watpa menyusahkan orang lain, bayangkanlah kalau yang di rompak, ragut, dan curi tu... tup tup terkena kaum kerabat sendiri!!! dan watpa nak mintak sedekah??!!- ala panjat pokok nyiok pun ok pe!!! malu la kat monyet yang rajin tu, dapat gak dia upah gaji pisang...hahaha).Ramailah jugak pengunjung yang menonton gelagatnya merenung orang ramai di situ meletakkan wang ke dalam bekas yang tersedia di depannya. Bukannya mudah bagi seseorang untuk berdiri diam sebegitu lama, tanpa pergerakan fizikal...(cubalah kalau mampu berdiri lebih lima jam seperti 'patung' ni... Tapi kalau dah ada training komando atau army, tentu boleh buat camtu...group mamat baju hijau ni kan memang lasak dan kebal; macam kereta kebal military yang ada tu...Tabik hormatlah ATM Malaysia...hahaha...saja bagi enter frame pasal military!!! An army in me anyway).


