Friday, September 16, 2011

SELAMAT  HARI  MALAYSIA

...pembentukan  Malaysia...
...menjadi kenyataan...
...pencipta Jalur Gemilang...

 
Dalam proses pembentukan Malaysia,Tunku Abdul Rahman ingin memasukkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura dalam satu gabungan yang dikenali sebagai Malaysia. Ideanya menerima pelbagai reaksi dari dalam dan luar negeri. Tunku mengadakan siri lawatan untuk menerangkan konsep Malaysia ke Sabah dan Sarawak pada Jun 1961, Brunei pada Julai 1961 dan rundingan dengan Singapura pada Ogos 1961 diadakan. Walaupun pengumuman gagasan Malaysia dialu-alukan, terdapat beberapa pihak yang bimbang kemungkinan campurtangan British dari belakang. Oleh itu Tunku telah dijemput ke London untuk berunding dan pihak British bersetuju dengan pembentukan Malaysia.
Satu Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada 16 Januari 1962 dan terdiri dari 2 orang wakil British dan 2 orang pihak kerajaan untuk meninjau pandangan penduduk Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini mengadakan lawatan dari Febuari hingga April 1962 dan mendapati lebih 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju berada didalam gagasan Malaysia. Lebih dari 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah pertubuhan ditemui. Namun Brunei enggan turut serta dalam gagasan ini setelah beberapa permintaannya tidak diterima.Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia dibawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan "Ganyang Malaysia". Konfrantasi ini berlanjutan hingga perjanjian damai dimeterai pada Ogos 1966.                                                                                    
Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di  Pejabat Perhubungan Komanwel, Malborough House London pada 9 Julai 1963. Laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963 dan Malaysia akhirnya diistiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.Pengistiharan Malaysia dilakukan oleh YM Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka di hadapan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak serta kira-kira 30,000 rakyat Malaysia. Tunku melaungkan  "Merdeka" sebanyak tujuh kali diikuti selang seli laungan  oleh rakyat Malaysia yang hadir. Majlis diakhiri dengan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Hj Ahmad bin Mohammad Said.

***** Pemilihan lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka telah dibuat di  Dewan Polis Depoh Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957 dan dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman. Sebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Persekutuan Tanah Melayu. Lagu kebesaran negeri Perak "Trang Bulan" telah dipilih sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu kerana mempunyai unsur-unsur kemelayuan. Muzik irama lagu ciptaan penggubah  Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan", dan seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Keputusan pemilihan ini kemudiannya dikemukakan untuk diperkenankan oleh Majlis Raja-raja Melayu. Lagu "Negaraku" lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka telah diperdengarkan buat pertama kalinya pada khalayak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di padang Kelab Selangor. Senikata lagu Negaraku ini telah digubah oleh En Syaiful Bachri.

 My verdict:
There are many brave soldiers and police (special branch) whose exploits and bravery cannot be mentioned. Sure there are, those who went under cover and on secret missions, whose bravery and even death had gone unmentioned for security reasons.

After 54 years of independence, a nation still worry about who is their national hero, I was sad to ponder is our nation mature with confidence to go forward for another 54 years…..looking at the life cycle of a human, a 54 years old man is a mature person who had accomplished their task and on the way for retirement to enjoy the fruits of their labor. Is our country reaching the status?.....

A 54 years old nation should be able to look at our national history with open mind, good or ugly…..our people should not be misled by historian who blindly followed the agenda of the rulers, but should independently read history from all reliable sources and make their own mind, who is his national heroes.....

My full respect to the armies who kept our country safe and still keeping us safe...Hopefully, one day the deserving ones who perished get the recognition...The peace, stability and prosperity the country enjoys will not have been achieved without their sacrifice. We pray that God will shower His blessings on the fallen heroes for their courage, deeds and their sacrifice...

It’s time to reflect on the sacrifices of our security forces...their fallen souls...
their courage and bravery...which helped to make Malaysia a peaceful country...
...the cost of war and the price of peace..

We sleep soundly in our beds because rough men stand ready in the night to visit violence on those who would do us harm. - Winston Churchill


p/s... Act 132 of the Federal Constitution  should be revisited and revised 
in the best interest of these armed forces

p/s... "putih mata" as in the above video is of no ill intention and negatively meant. It's as it is when i download it...Perhaps, janganlah sampai kita semua berputih mata dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara kita ini. Biarlah putih tulang jangan putih mata... (sayangnya kita telah 'lepaskan' Pulau Batu Putih !!! )

**** Please track back  31 August 2011 entry for similar Malaysia Independence Day /  Malaysia  Day celebrations.        

No comments: