Thursday, September 1, 2011

Stunned...speechless...
So they say...
                         ignorance is bliss ???
ignorance of the Nation's history ??? Thanks for my history teacher for the info still well-saved; non-viral affected, in my brain neurons CPU till now...  ;-)    
...perhaps this political agenda was an attempt to divert our attention to_____(fill in the blanks here) ???!!!

HISTORY  MUST  NEVER  BE  FORGOTTEN,
THAT  IS  AN  UNDENIABLE  TRUTH.

... nyawa para pejuang negara (esp the armed forces) yang berjuang dan terkorban tiada galang gantinya... pengorbanan mereka harus mendapat penghormatan yang sewajarnya sejajar dengan tuntutan dalam salah satu dari tujuh Wasiat Raja-raja Melayu. Kita juga jangan lupa perjuangan Datuk Mahajaraja Lela di Perak, Penghulu Dol Said Pahlawan Naning, Datuk Kelana di Negeri Sembilan, Datuk Bahaman di Pahang, pahlawan Mat Salleh di Sabah, Tok Janggut dari Pasir Puteh, dan Datuk Abdul Rahman Limbong dari Terengganu. Mereka hanya sebahagian daripada orang Melayu yang berjuang mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu.

Allah SWT memerintahkan kita untuk bersatu dan berpegang teguh dengan agama Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 103:

Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

Allah SWT telah menggariskan satu panduan di dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam  surah an-Nisa ayat 59: 

"Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu."

 "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Semoga kita dan Pemimpin Negara ini sentiasa di beri kan petunjuk dan hidayah ke jalan yang lurus dan diredhai...Semoga keberkatan dan kasih Allah swt sentiasa bersama kita...

3 comments:

canang said...

Amat menyedihkan bagi seorang pemimpin rakyat dan beragama Islam mengeluarkan statement yang boleh melukakan hati ribuan hati Perajurit2 serta keluarga2 mereka. Seharusnya dia ni kena peka dengan sejarah dan menghormati orang yang bertungkus lumus mempertahankan tanahair satu ketika dulu terutama pasukan tentera, polis dan orang awam yang terbunuh ketika mempertahankan tanahair pada era penentangan komunis

tinta sakuradesa said...

Saudara Canang,

Can't agree more to what you had said! Betul tu saudara Canang. Simple aje...inilah antara satu contoh species manusia yang tidak tahu bersyukur! Masih tidak mengenali mana satu intan, mana satu kaca, mana satu bangsa merdeka bermaruah mana satu bangsa minda masih sanggup dijajah, mana satu bangsa beragama dan seagama mana satu bangsa jahil berselindung di sebalik agama...Hmm...mudah2an diberikan keampunan dan hidayah kepada mereka2 yang sebegini sebelum terlewat. The clock is ticking...Sesungguhnya jika mereka2 yang telah terkorban itu diberi peluang hidup kembali, pasti inilah antara orang2nya yang akan mereka cari dan akan mereka adili atas kebongkakan dan keceluparan mereka yang tidak langsung tahu menghargai pengorbanan anak watan pejuang bangsa dan agama sendiri! Sedih dan sadisnya...

canang said...

Sikap orang sekarang yang mudah lupa pada sejarah sehingga terlupa siapa disebalik keamanan yang kita kecapi sekarang sehingga bebas untuk berkata apapun waima menidakkan perjuangan terdahulu